Kuala Terengganu By Election Results

Lapuran terkini !!!

7.19 ptg
Lapuran dari harakah – Terkini setakat jam 7 malam ini, menurut maklumat tidak rasmi PAS mengatasi Barisan Nasional dengan kelebihan 457 undi berdasar kepada jumlah undi yang dibilang setakat ini.

PAS ketika ini mendapat 16,475 undi berbanding BN – 11,516 undi. Manakala calon Bebas – 90 undi.

Di peti undi Chabang Tiga Dun Wakaf Mempelam, calon PAS mengatasi BN bagi saluran dua sebanyak 86 undi. Bagaimanapun dua lagi saluran masih dalam pengiraaan

7.14 ptg
Keputusan pening. Ada yang kata PAS leading, ada yang kata BN leading. Talau siapa pun leading, undi semula akan dibuat. Korang letak kopi tepi komputer sambil hisap rokok.
Pengiraan akan berlanjutan …

Tapi budak budak rempit kat K. Terengganu dah menjerit jerit. Bunyikan HONK sambil bawak bendera PAS. Semua tengah suspen …..

7.09 ptg
Keputusan tidak rasmi – PAS mendapat 14,802 undi manakala BN mendapat 14,644undi. PAS menang di semua dewan undangan negeri, kecuali Ladang. PAS mendapat majoriti terbesar di Wakaf Mempelam dan Batu Burok. – Mkini

Jan 17, 2009

Laporan Terkini P036 Bhg 4

#fullpost{display:none;}[Lapuran terkini sehingga ke jam 7.02 ptg]

7.02 ptg
Keputusan tidak rasmi – berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 11,112 undi manakala PAS mendapat 11,000. Ini bermakna BN mendahului dengan 112 undi. Calon bebas mendapat 65 undi. – Mkini

Tapi kawasan kawasan PAS masih belum mendapat keputusan.

6.58 ptg
Di beritahu, pengiraan undi di jangkakan di dalam tempoh 2 jam dari sekarang. Sehingga kini, tiada liputan yang dibuat oleh sebarang media arus perdana. Sedikit petanda bahawa mereka tidak lagi berminat untuk mengetahui keputusan dan melapurkan kepada rakyat Malaysia ….

Macam dah tau je …. Wakakakakak !!!

6.53 ptg
Dikhabarkan pondok panas BN sudah mula di tutup. Sementara penyokong PAS masih lepak kat pondok panas masing masing. Menurut pakar …. cehch … itu adalah petanda.

Menurut analisa di dalam blog anilnetto, kemungkinan PAS akan menang dengan majoriti 2,000 atau 3,000
Yessss !!!!